Impak Yang Sangat Besar Kewujudan Saka ke atas Kehidupan Manusia dan Kenapa Ikhtiar Rawatan dengan Bidara ?

Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam  kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis  kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial  dan sebagainya Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk  halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke  segenap aspek kehidupan manusia.

A.KESAN DARI SUDUT AGAMA

1Merosakkan aqidah. Orang yang percaya dan bergantung harap pada bantuan dan pertolongan saka pastilah mereka ini dalam keadaan menyekutukan Allah s.w.t.

2. Apabila aqidah mereka ini sudah rosak maka akan terbatallah segala amalan mereka kerana sudah pasti amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

3. Pemilik saka akan sukar beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah diantara mereka akan menjadi sakit jika membaca Al-Quran.

B. KESAN DARI SUDUT KESIHATAN, SOSIAL  DAN LAIN-LAIN

1. Boleh menyebabkan si pemilik saka dan cucu cicit mereka akan menerima sakit yang sama seperti penyakit  yang berkaitan jantung, buah pingang, pelbagai jenis kanser, talasemia, ulser, gastrik dan sebagainya.

2.  Boleh menyebabkan anak cucu si pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi bodoh.

3. Boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh bercerai berai dan sebagainya. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas dan sebagainya.

4. Boleh menipudaya si pemiliknya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah semata-mata.

5Boleh mengganggu si pembelanya jika mereka melanggar pantang larangnya.

6. Boleh menyebabkan tuannya susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.

7. Akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodohnya, alat kelamin tak berfungsi, lemah tenaga batin dan sebagainya.

8. Dalam hidup bermasyarakat, orang yang mempunyai saka susah untuk bersepakat dan berunding bersama , tidak beradap, dan suka bergaduh, suka bawa fitnah dan lain-lain. 


 Kenapa Ikhtiar Rawatan dengan Bidara ?






Comments