PREMIS One Stop Center Muslim Choice (1SCMC), IM5 Kuantan

Assalamualaikum kepada semua. Didoakan Tuan/Puan senantiasa di bawah Rahmat Allah Taala.

Selamat datang ke blog MuslimChoiceIM5. Semoga blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada Tuan /Puan semua. Insha Allah kami , Muslim Choice IM5 cuba menggunakan platform ini untuk berkongsi manfaat dan kebaikan produk-produk sunnah kepada semua.

Blog MuslimChoiceIM5 ini dibina khas untuk One Stop Center Muslim Choice ( atau lebih dikenali sebagai Muslim Choice IM5 ) yang beroperasi di B-48, Lorong IM5/2, Persiaran Sultan Abu Bakar , Bandar Indera Mahkota , 25200 Kuantan.

Muslim Choice IM5 adalah sebuah kedai yang memasarkan produk makanan sunnah dan produk keluaran Muslim sebagai alternatif kepada produk yang banyak berada di pasaran sekarang. Dalam erti kata lain, Muslim Choice dalam proses memfokuskan produk berkonsep halalan toyyiba. Semoga usaha Muslim Choice dapat direalisaikan dan diberkati Allah Taala.

Kami mengalu-alukan kedatangan Tuan/ Puan ke premis kami di Indera Mahkota 5, iaitu berhampiran BSN dan Bank Rakyat IM5.



Muslim Choice IM5 berada di tingkat bawah bangunan


Kedudukan Muslim Choice IM5 adalah sebaris dengan Pengusaha Cafe Steak Muslim & Pengusaha Roti Muslim.


Waktu Operasi adalah seperti berikut :


ISNIN hingga JUMAAT
9.30a.m - 6.45 p.m 

SABTU   
9.30-6.00

Semoga kita semua dapat menghidupkan kembali amalan pemakanan sunnah yang ditinggalkan oleh  Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan seharian kita. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 0199372121 (WhatsAps) @ muslimchoiceim5@gmail.com.

Sekian Terima Kasih 

Comments