Jangan Mudah Menuduh Adanya Saka...Ianya Boleh Membawa Kita Kepada Syirik . Contoh: Apabila Kita Sakit, Kita Terus Fikir Ada Saka.

Sasaran Saka Volume 1 oleh Ustaz Kazim Ilyas

SANGKAAN SAKA BOLEH MEMBAWA KEPADA DOSA SYIRIK

Jangan mudah menyangka wujudnya saka pada diri sendiri, kerana ianya melibatkan tuduhan kepada nenek moyang kita. Ianya juga boleh membawa kita kepada syirik terhadap Allah Taala. Kenalpasti  gejala-gejala yang wujud sebelum sebarang rawatan . Antaranya :

GEJALA PADA WAKTU TIDUR 

1Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

2Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

3Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.

4Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

5Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

6Bunyi gigi berlaga pada waktu tidur.

7Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

8Berdiri dan berjalan ketika tidur.

9Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

10Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

11Mimpi berada di tempat sunyi.

12Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

13. Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

14. Merintih dan menangis ketika tidur.


GEJALA PADA WAKTU BERJAGA (waktu sedar):

1Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

2Selalu lalai daripada mengingati Allah Subhanahu Wa Ta`ala.

3Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.

4Sering lesu dan malas.

5Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

6Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.* Lenguh di sendi-sendi utama.

7Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.

8. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

9Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

10Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

11Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

12Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

13Mudah marah dan panas baran.* Emosional dan terlalu sensitif.





Comments